Pada 15 Mei 2026 (Jumaat), AKYBMS telah dijemput untuk mengadakan persembahan Tarian Melayu Sarawak serta pameran budaya sempena Program Student Village Raya Gawai Night 2026 di Swinburne University of Technology Sarawak, Kuching.
Program berlangsung dengan sangat meriah dan mendapat sambutan daripada ramai pelajar tempatan serta antarabangsa yang hadir untuk menikmati keunikan budaya pelbagai etnik di Sarawak.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Swinburne University of Technology Sarawak Campus atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga kerjasama seperti ini dapat terus memperkukuhkan apresiasi terhadap warisan budaya Sarawak dalam kalangan generasi muda dan masyarakat antarabangsa





