Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan Pelajar Melayu Islam Cemerlang Siri II 2026 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama SMK Bandar Bintulu telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026.
Program ini telah menghimpunkan seramai 82 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dalam usaha membentuk generasi muda Melayu Islam yang berilmu, berdisiplin, berkeyakinan serta memiliki jati diri dan kepimpinan yang cemerlang.
Majlis Perasmian Penangguhan telah disempurnakan oleh:
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu
Turut hadir:
Pengetua SMK Bandar Bintulu
Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS merangkap Penyelaras Program
Ketua Bahagian Program AKYBMS
AKYBMS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penceramah jemputan:
Pengurus Besar Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu (LHEIAM)
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang program ini menjadi panduan kepada para peserta dalam membina masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. 





