Kuching, 5 Mei — Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksana Persidangan Antarabangsa Hikayat Panglima Nikosa: Memperingati 150 Tahun Novel Melayu Pertama Diketahui di Dunia telah diadakan pada 5 Mei 2026 di Bilik Mesyuarat AKYBMS bagi membincangkan persiapan serta pelaksanaan persidangan tersebut secara menyeluruh, terancang dan berkesan. Persidangan antarabangsa berkenaan dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Turut hadir ialah Dr. Sharifah Sophia binti Wan Ahmad dan Cik Ani Hafiffy Anil Yakin dari Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus, Ketua Bahagian Sarawakiana, Pustaka Negeri Sarawak, Encik Aldrin John Hew, serta Puan Norhaslina binti Hamzah, Kurator Jabatan Muzium Sarawak.
Turut terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Cik Zafirah binti Othman, Encik Mohd Harith bin Heykal dan Encik Norazam bin Azni Shah daripada Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS. Mesyuarat ini menjadi wadah penting dalam menyelaras gerak kerja pelaksanaan persidangan, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara AKYBMS dengan institusi akademik, perpustakaan dan muzium dalam usaha menjayakan penganjuran program berprestij tersebut.





