⚜️Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak dan Majlis Syarahan Negarawan 2026⚜️

KUCHING, 13 Ogos 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak dan Majlis Syarahan Negarawan 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma Melayu Sarawak bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan pelaksanaan kedua-dua program berkenaan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Sektor Penyelidikan dan Pengembangan. Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja, pembahagian tanggungjawab serta kerjasama antara agensi dan institusi yang terlibat bagi memastikan penganjuran kedua-dua program dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Turut hadir ialah Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak; Encik Muhammad bin Ahmat Paijo, Timbalan Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak; Prof. Madya Dr. Mohamad Suhaidi bin Salleh, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Dr. Habids Buhigibah, Pensyarah Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang; Tuan Haji Syed Hossin bin Wan Hamit, Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS); Puan Dayangku Hadzimah binti Awangku Ahmad dari Sektor Korporat/Pengurusan Komunikasi Korporat, PUSTAKA Negeri Sarawak; serta Encik Amirul Akbar bin Osman, wakil Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pula diwakili oleh Cik Zafirah binti Othman dan Encik Mohd Harith bin Heykal dari Unit Penyelidikan dan Media. Turut hadir Encik Mohamad Joharridhuan Shah bin Jeffry Pidin, Pembantu Khidmat Am, Arkib Negara Malaysia.
Penganjuran mesyuarat ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh penyelarasan dan kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat, di samping memastikan segala persiapan bagi Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak dan Majlis Syarahan Negarawan 2026 dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kongsi berita ini