Jemputan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025

12 April 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dijemput oleh Jawatankuasa Kampung Melayu Seberang, Siniawan, Bau untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Masjid Darul Iman, Kampung Melayu Seberang, Siniawan, Bau. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu N.18, Yang Berhormat Encik Miro anak […]

Majlis Bacaan Yassin AKYBMS

Tarikh: 11 April 2025 (Jumaat) Masa: 8.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap […]

ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKITANGAN AKYBMS

11 April 2025 (Jumaat): Bagi menghargai jasa kakitangan AKYBMS, secara tradisinya pada mesyuarat bulanan diadakan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan akan menyediakan kek pulut kuning sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada bulan April iaitu YBhg. Datuk Dr. Haji Sanib […]

MESYUARAT PENCALONAN NOVEL MELAYU PERTAMA DI DUNIA: HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA KE MEMORY OF THE WORLD (UNESCO) BIL.2/2025

KUCHING, 10 April 2025 – Satu Mesyuarat Khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi membincangkan pencalonan Hikayat Panglima Nikosa, yang diiktiraf sebagai novel Melayu pertama di dunia, untuk disenaraikan dalam daftar Memory of the World oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan […]

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Semoga dikurniakan usia dan kesihatan yang berpanjangan. Aamiin Allahumma Aamiin #ulangtahun #akybms #raya2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

Salam lebaran buat semua umat Islam. Raikan kemenangan bersama yang tersayang, limpahkan rahmat dan kasih sayang sesama insan. Dalam kerendahan hati selitkan ketinggian budi, semoga kita mendapat hikmah sebenar dalam menyambut Syawal yang menjelma. Ucapan Tulus dan Ikhlas daripada warga AKYBMS #pembelaMelayuSarawak #raya2025

PERTANDINGAN BERTUNTUNG DAN LAMPU CABIK MERIAHKAN KEJIRANAN MESRA N4 PANTAI DAMAI

Tarikh: 26 hingga 27 Mac 2025 Lokasi: 14 Kampung terlibat PANTAI DAMAI, 28 Mac 2025 – Pertandingan Bertuntung dan Lampu Cabik anjuran Kejiranan Mesra (KJM) N4 Pantai Damai berlangsung meriah pada 26 hingga 27 Mac 2025 dengan penyertaan daripada 14 lokasi, melibatkan 28 rumah. Bertuntong merupakan tradisi malam tujuh likur yang dapat menghimpunkan keluarga dan […]

Lawatan Wakil Kejiranan Mesra Demak Baru ke Pejabat AKYBM

24 Mac 2025 (Isnin) – Pejabat AKYBMS telah menerima kunjungan daripada wakil Kejiranan Mesra Demak Baru, Encik Zainal bin Saidi, bagi membincangkan kerjasama dengan Unit Penyelidikan dan Media. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan serta merancang pelaksanaan program yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 29 Mac 2025. Program tersebut merupakan acara “Bertuntung dan Lampu Cabik Rumah” […]

Pembelian buku terbitan AKYBMS

Terima kasih Encik Abang Johan bin Abang Kassim kerana telah membeli buku terbitan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Selamat membaca buku yang bertajuk “Bangsawan Sultan Tengah : Sultan Sarawak Darul Hana”. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli terbitan AKYBMS bolehlah berkunjung di pejabat atau DM di Facebook kami. Ps: ikuti Tiktok AKYBMS @budayamelayusarawak […]

SAMAsungkei bersama peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2025 dari (UNIMAS) di Surau Nur Addin, Medan Hamidah, Demak Jaya

22 Mac 2025 (Sabtu): Majlis Berbuka Puasa dan tarawih anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama peserta SAMAsiswa Melayu Sarawak 2025 dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini telah diadakan di Surau Nur Addin, Medan Hamidah, Demak Jaya bagi meraikan pelajar UNIMAS yang terpilih bersempena pada bulan Ramadhan yang istimewa. Turut hadir, YBhg. Datu […]