24 Mac 2025 (Isnin) – Pejabat AKYBMS telah menerima kunjungan daripada wakil Kejiranan Mesra Demak Baru, Encik Zainal bin Saidi, bagi membincangkan kerjasama dengan Unit Penyelidikan dan Media. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan serta merancang pelaksanaan program yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 29 Mac 2025.
Program tersebut merupakan acara “Bertuntung dan Lampu Cabik Rumah” peringkat Kejiranan Mesra N.4 Pantai Damai, yang melibatkan pelbagai kampung di kawasan berkenaan. Diharapkan kerjasama ini dapat memastikan kelancaran dan kejayaan program serta mengeratkan hubungan antara semua pihak yang terlibat