12 April 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dijemput oleh Jawatankuasa Kampung Melayu Seberang, Siniawan, Bau untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Masjid Darul Iman, Kampung Melayu Seberang, Siniawan, Bau.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu N.18, Yang Berhormat Encik Miro anak Simuh, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Puncak Borneo P.198, Yang Berhormat Datuk Willie anak Mongin.
Bagi mewakili Pengurus Besar AKYBMS, dua orang pegawai iaitu Encik Amirul Akbar bin Osman dan Encik Norazam bin Azni Shah telah hadir bagi memenuhi jemputan ke majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, jamuan Aidilfitri, serta cabutan tiket bertuah . Suasana penuh mesra dan semangat kekeluargaan jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung.
AKYBMS amat menghargai jemputan yang diberikan dan akan terus komited dalam menyokong program-program berbentuk kebudayaan dan kemasyarakatan seperti ini pada masa hadapan.