Program SAMAsedia Siri I 2026

Program SAMAsedia 2026 Siri I anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 bertempat di Dewan Suarah Limbang. Siri pertama program ini melibatkan penyertaan belia dari kawasan N.79 Bukit Kota. Program selama tiga hari ini bertujuan untuk membina jati diri belia serta mempersiapkan mereka sebagai generasi pelapis […]
⚜️Lawatan AKYBMS ke Brooke Dockyard⚜️

KUCHING, 22 April 2024 — Unit Penyelidikan dan Media Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama pelajar latihan industri telah mengadakan lawatan ke Muzium Brooke Dockyard Industrial Heritage sebagai sebahagian daripada usaha memperluas pengetahuan serta pendedahan terhadap sejarah dan warisan industri di Sarawak. Lawatan ini turut bertujuan meninjau pendekatan pemuliharaan dan interpretasi warisan industri […]
⚜️ Kunjungan Hormat AKYBMS ke IPGKBL⚜️

KUCHING, 21 April 2026 — Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) dalam usaha menjejaki serta memperkukuh dokumentasi sejarah keturunan Abang Godam sebagai sebahagian daripada khazanah warisan Melayu Sarawak. Kunjungan tersebut telah […]
Persembahan Badan Seni AKYBMS di Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak 2026

Pada 18 April 2026, Badan Seni AKYBMS telah berjaya mempersembahkan seni tari Melayu Sarawak di Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak 2026. Dua persembahan telah dibawakan, iaitu Tarian Rentak Seri Pusaka dan tarian rampaian “Grenek Cinta Kasih”, yang menampilkan keindahan gerak tari serta kehalusan budaya warisan Melayu Sarawak kepada para pengunjung. Dalam program yang sama, Saudara […]
⚜️Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS 2026⚜️

Alhamdulillah, Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 15 April 2026 di perkarangan Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar AKYBMS, Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, yang turut memperkenalkan sebuah lagu ciptaan beliau berjudul Cinta Nota Kaki. Majlis ini turut […]
⚜️ MAJLIS BACAAN YASSIN & SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN ⚜️

10 April 2026 — Majlis Bacaan Yassin AKYBMS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS pada jam 9.30 pagi. Majlis tersebut dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, serta disertai oleh seluruh kakitangan AKYBMS sebagai pengisian rohani yang menekankan kepentingan menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan sebagai masyarakat Melayu Islam yang […]
⚜️ SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ⚜️

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke-73 kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Aamiin Allahumma Aamiin
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026M ✨

Dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, seluruh warga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kita semua. Maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada Seluruh Warga AKYBMS #akybms
⚜️JEMPUTAN CERAMAH DI IKMAS⚜️

16 Mac 2026 (Isnin) | Auditorium Al-Wadi, IKMAS Satu program ceramah telah diadakan oleh Cawangan Pendaftar melalui Seksyen Perpustakaan IKMAS menerusi penganjuran Bicara Buku Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong Dekad Membaca Kebangsaan (DMK 2021–2030) peringkat IKMAS. Program ini menampilkan YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Said, Pengurus Besar […]
⚜️Tinjauan Tapak Wisma Melayu Sarawak⚜️

KUCHING, 9 Mac — Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah mengadakan satu lawatan khas ke tapak projek Wisma Melayu Sarawak bagi […]