Sesi rakaman Syair Negeri Santubong dan Sesi rakaman suara

KUCHING, 26 Ogos 2026 – Unit Penyelidikan dan Media Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berkunjung ke AOK Records bagi menjalankan sesi rakaman Syair Negeri Santubong dan rakaman suara untuk kegunaan Muzium Melayu Sarawak.
Sesi rakaman ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkayakan kandungan pameran dan pengalaman pengunjung melalui penyampaian audio yang lebih menarik dan informatif.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AOK Records atas kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan sesi rakaman ini.

Kongsi berita ini