SEDANG BERLANGSUNG | MINI KARNIVAL BANK RAKYAT 2026 DI WISMA MELAYU SARAWAK

Suasana meriah mewarnai Wisma Melayu Sarawak pada hari ini, 24 Oktober 2026 (Sabtu), sempena penganjuran Mesyuarat Agung Wilayah Sarawak 2026 anjuran Bank Rakyat yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik menerusi Mini Karnival Bank Rakyat 2026. Antara yang mencuri perhatian pengunjung ialah pameran kereta dan Jualan RAHMAH, selain pelbagai aktiviti lain seperti cabutan bertuah, pameran […]

ARTIS BADAN SENI AKYBMS DI PENTAS KESENIAN KUCHING WATERFRONT FESTIVAL 2026

Artis Badan Seni AKYBMS akan memeriahkan Pentas Kesenian MSS sempena Kuching Waterfront Festival 2026 menerusi persembahan tarian Melayu Sarawak! Tarikh: 23 Oktober 2026 Lokasi: Kuching Waterfront Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan dan keindahan seni tari Melayu Sarawak yang akan dipersembahkan oleh Artis Badan Seni AKYBMS. Jom bersama-sama memeriahkan pentas kesenian dan menyokong seni budaya […]

MAJLIS GRADUASI GIATMARA MALAYSIA KALI KE-39 ZON SARAWAK BERLANGSUNG DI WISMA MELAYU SARAWAK

KUCHING, 12 Oktober 2026 – Majlis Graduasi GIATMARA Malaysia Kali Ke-39 Zon Sarawak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Wisma Melayu Sarawak dalam suasana penuh meriah dan bermakna. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Meor Mohd Khairy Meor Abdullah Zawawi, bersama barisan pengurusan, tenaga pengajar, ahli keluarga serta para tetamu jemputan […]

MAJLIS GRADUASI SMK MATANG JAYA 2026

KUCHING, 15 Oktober 2026 – Majlis Graduasi SMK Matang Jaya 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Wisma Melayu Sarawak dalam suasana penuh meriah, tertib dan bermakna. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pencapaian para pelajar serta memberikan penghargaan terhadap usaha, disiplin dan komitmen mereka sepanjang tempoh persekolahan. Kehadiran para guru, ibu bapa dan penjaga […]

MAJLIS GRADUASI SMK DEMAK BARU 2026 BERLANGSUNG MERIAH DI WISMA MELAYU

KUCHING, 17 Oktober 2026 – Majlis Graduasi SMK Demak Baru 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Wisma Melayu Sarawak dalam suasana penuh meriah, tertib dan bermakna. Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan serta memberikan pengiktirafan kepada para pelajar atas usaha, pencapaian dan komitmen mereka sepanjang menempuh alam persekolahan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Sharifah […]

PERSIDANGAN ANTARABANGSA HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA

Ayuh sertai Persidangan Antarabangsa Hikayat Panglima Nikosa sempena sambutan Jubli 150 Tahun karya agung persuratan Melayu Sarawak ini. Hikayat Panglima Nikosa merupakan novel karya Ahmad Shawal bin Abdul Hamid yang dicetak menggunakan kaedah litografi pada 30 Jun 1876 di Kampung Boyan, Kuching, Sarawak. Karya ini merupakan antara karya bercetak Melayu terawal di Sarawak dan dianggap […]

AKYBMS SERTAI BORNEO InTEX 2026 x FESTIVAL OF IDEA 2026

KOTA SAMARAHAN, 15 Oktober 2026 – Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Borneo InTEX Special Edition 2026 x Festival of Idea 2026 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Penganjuran program yang bertemakan […]

KUNJUNGAN SASTERAWAN SARAWAK KE WISMA MELAYU SARAWAK

YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah menerima kunjungan daripada Dr. Abang Patdeli Abang Muhi, Sasterawan Sarawak Ke-6, bertempat di Wisma Melayu Sarawak. Kunjungan yang berlangsung dalam suasana mesra ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara tokoh persuratan dalam usaha […]

KUNJUNGAN ROMBONGAN PBB LAWAS KE WISMA MELAYU SARAWAK

Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah menerima kunjungan rombongan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Lawas yang diketuai oleh Encik Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak. Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni, sekali gus menjadi wadah untuk […]

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Sri Haji Abdul Wahab bin Aziz atas pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran “Dato Sri” sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Semoga penganugerahan ini menjadi penghargaan yang bermakna atas segala jasa, […]