Wacana Intelektual Melayu Sarawak 2020 SAMAngenang Novel Hikayat Panglima Nikosa

Khamis – 24 Disember 2020

Bertempat di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Jalan Rodway,  Wacana Intelektual Melayu Sarawak bersempena SAMAngenang Novel Hikayat Panglima Nikosa telah diadakan pada 24 Disember 2020. Program yang telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu – aluan oleh Encik Azuan bin Jemat selaku pengerusi program.

 

Encik Azuan bin Jemat menyampaikan ucapan alu-aluan

Turut hadir, YBhg Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang telah menyampaikan ucaptama. AKYBMS telah membuka ruang perbincangan intelektual dengan mengundang ahli panel, Dr. Sharifah Sophia binti Wan Ahmad, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UNIMAS sebagai Pemakalah.

Sesi perbincangan intelektual berlansung

 

Wacana Intelektual Melayu Sarawak bersempena SAMAngenang Novel Hikayat Panglima Nikosa diadakan bertujuan untuk memperingati Novel Melayu pertama di dunia yang telah dikarang oleh anak Melayu Sarawak iaitu Ahmad Syawal pada tahun 1870 yang berjudul “Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Ketika Perang Sebelum Mendapat Kesenangan”.

Program ini telah diakhiri dengan penggulungan makalah dan sesi  fotografi bersama jemputan yang hadir. Sesi penyampaian cenderamata Pemakalah turut disempurnakan oleh Pengurus Besar AKYBMS.

YBhg Datu Pengurus Besar mengambil gambar kenangan bersama perserta

 

Semoga dengan adanya Wacana Intelektual Melayu Sarawak ini akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu Sarawak pada masa hadapan.

Kongsi berita ini