Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said atas pelantikan sebagai Anggota Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2028.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan integriti demi memperkukuh syiar Islam serta memartabatkan adat Melayu di Sarawak.
Ikhlas daripada kami, semoga terus cemerlang dalam memacu khidmat bakti kepada masyarakat dan negeri Sarawak. 





