SAMArumpun Sarawak-Sambas 2023 – Eratkan lagi hubungan melalui budaya

3 November 2023 (Jumaat): SAMArumpun Sarawak-Sambas 2023 telah diadakan di Raia Hotel and Covention Centre, Kuching bersempena dengan Kunjungan Muhibbah daripada rombongan Majelis Adat Budaya Melayu Kabupaten Sambas ke Kuching Sarawak.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Haji Wahab bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junadi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Encik Misni Safari, ME, Ketua Rombongan Majelis Adat Budaya Melayu Kabupaten Sambas dan dif-dif kehormat.
Antara persembahan yang telah ditunjukkan adalah Zikir Maulud (MABM Kabupaten Sambas), Pencak Silat (Perguruan Seni Silat Selendang Abadi), Ratib Saman (MABM Kabupaten Sambas), Zapin Sebat, (Artis Budaya Badan Seni AKYBMS), Tarian Redad, (MABM Kabupaten Sambas), dan tarian Astana Darul Hana, (Artis Budaya Badan Seni AKYBMS).

Kongsi berita ini