Raja Permaisuri Agong Lancar Buku Warisan Melayu Sarawak

Buku Warisan Melayu Sarawak terbitan AKYBMS

Perasmian Buku Warisan Melayu Sarawak di Kediaman Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Haji Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim, Kuching. (Ihsan gambar: UKAS)

 

Pada 5 Disember 2023, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Allalah Sultan Iskandar Al Haj telah melancarkan buku Warisan Melayu Sarawak di rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Haji Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim, Kuching.

Inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memartabatkan warisan Melayu menerusi pembikinan buku Coffee Table Book yang mengetengahkan gandingan antara pakar-pakar bidang yang terdiri daripada Sinergi Mampan 37 orang Penulis dan 5 orang  Rakan Penyelidik.

Buku Warisan Melayu mempunyai sebanyak 11 Bab iaitu Sejarah dan Budaya, Bahasa dan Persuratan, Agama dan Pendidikan, Iktisad, Adat Resam, Seni Masakan, Busana, Kearifan Tempatan, Hiburan, Silat dan Riadah, dan Bab Penutup.

Old Kuching Smart Heritage (OKSHE), Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Jabatan Muzium Sarawak (JMS) telah bekerjasama untuk memastikan buku setebal 172 ini dapat dimaterialisasikan untuk memberikan pendedahan sejarah dan budaya kepada masyarakat.

Semasa majlis, Tunku Azizah turut berkenan menyaksikan Pelancaran Pelancaran Jejak Warisan Kampung (Kampung ‘Heritage Trail’). Selain itu, pelbagai persembahan unik yang mempamerkan adat dan budaya masyarakat Melayu di Sarawak turut dipersembahkan kepada baginda pada majlis tersebut seperti Persembahan Adat Perkahwinan Melayu Sarawak, bergendang, bernopeng serta Zapin Sindang dan Zapin Sebat.

 

Demonstrasi Adat Perkahwinan Melayu Sarawak -(Ihsan gambar: UKAS)

 

Persembahan Tarian Kebudayaan oleh kumpulan Kasuma Tari, Kuching- (Ihsan: UKAS)

 

Selain itu, pada 29 November – 1 Disember 2022, video Seminar Maya anjuran Kerajaan Negeri Sarawak telah di muat naik di Facebook rasmi CENTEXS Commercial yang mengetengahkan 18 orang pembentang mengupaskan topik penulisan masing-masing. 

Sesi fotografi Raja Permaisuri Agong bersama  penulis-penulis buku dan peserta pembentangan Lembaran Emas Siri 2: Borneo Textile Symposium di Hotel Pullman

 

 

 

 

Kongsi berita ini