MESYUARAT PENGURUSAN WISMA MELAYU SARAWAK YANG PERTAMA

Buat julung kalinya, Mesyuarat Pengurusan Wisma Melayu Sarawak telah diadakan di Wisma Melayu Sarawak dengan dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Pengerusi AKYBMS.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Dato Sri Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi dan Pelaburan; YBhg. Datu Haji Abdul Razak Tready, Setiausaha merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perundangan; Tuan Haji Kushairi bin Johan, Bendahari; YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Politik; YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Budaya dan Kesenian; serta YBhg. Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi, Pengerusi Jawatankuasa Agama.
Turut serta ialah wakil daripada PU Architect, BL Consultant Team serta kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menyelaras aspek pengurusan, operasi, pembangunan dan kesiapsiagaan Wisma Melayu Sarawak agar organisasi ini dapat diurus secara teratur, profesional dan berkesan selaras dengan peranan serta fungsi yang telah dirancang.

Kongsi berita ini