KUCHING, 5 Oktober 2026 – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) hari ini turun ke Padang Merdeka, Kuching bagi menjalani latihan raptai sebagai persediaan menjelang Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 yang akan berlangsung pada Sabtu, 10 Oktober 2026.
Latihan raptai ini memberi tumpuan kepada keseragaman langkah, ketepatan pergerakan, kekemasan formasi serta penyelarasan pasukan di lokasi sebenar istiadat.
Menjelang hari istiadat, kontinjen AKYBMS terus memperkemas persiapan dengan penuh komitmen dan disiplin bagi memastikan penyertaan pasukan berjalan lancar dan teratur.
Semangat diteruskan, langkah diperkemas menuju hari istiadat!




