KUCHING – Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berpeluang bertemu dengan Madzhi Johari, pencipta lagu rakyat Sarawak yang ikonik, Puteri Santubong.
Dalam pertemuan tersebut, beliau berkongsi kisah di sebalik penciptaan lagu berkenaan, termasuk inspirasi yang mendorong penghasilannya. Beliau turut berkongsi pengalaman hidup, latar belakang peribadi serta pandangan dan cerita berkaitan sejarah Sarawak yang memberikan perspektif lebih luas terhadap warisan budaya negeri ini.
Perkongsian ini amat bermakna dalam usaha mendokumentasikan sejarah lisan, menghimpunkan khazanah ilmu dan memelihara warisan seni budaya Melayu Sarawak untuk generasi akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Madzhi Johari atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi pengalaman, pengetahuan dan cerita yang begitu bernilai bersama pihak AKYBMS.





