LPA AKYBMS Bermesyuarat hari ini.

Jumaat – Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu (AKYBMS) telah berlansung pada 26 Mac 2021 di Bilik Mesyuarat Kementeriman Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Tingkat 12, Wisma Sumber Alam.
 
Pengerusi LPA AKYBMS YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan telah mempergerusikan mesyuarat kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat terutama kepada semua Ahli LPA AKYBMS.
 
Turut berlansung selepas tamat mesyuarat, Pengurus Besar AKYBMS YBhg Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said telah menyerahkan buku terbaharu beliau kepada Pengerusi LPA AKYBMS iaitu Buku Santubong – Sejarah Awal Sarawak, 300ESS -1647ES.
Gambar: Media AKYBMS

Kongsi berita ini