KUCHING, 3 Oktober 2026 – Memasuki hari kelima latihan, kontinjen AKYBMS terus giat membuat persiapan bagi menghadapi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80.
Sesi latihan yang berlangsung di perkarangan Wisma Melayu Sarawak memberi penekanan terhadap ketepatan pergerakan, keseragaman pasukan dan semangat berpasukan bagi memastikan kontinjen tampil kemas dan berdisiplin pada hari istiadat.
Teruskan semangat, kontinjen AKYBMS!





