Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Majlis Rasmi

KUCHING, 27 Ogos 2026 – Kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menghadiri Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Majlis Rasmi yang dianjurkan dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak pada 26 hingga 27 Ogos 2026.
Kursus yang dikendalikan oleh Encik Azmi Shahrin ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran warga kerja AKYBMS dalam aspek protokol, etiket dan pengurusan majlis rasmi. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan tatacara protokol, etiket sosial dan profesional serta pengurusan majlis rasmi yang berkesan.
Penyertaan dalam program ini mencerminkan komitmen AKYBMS dalam memperkukuh kompetensi kakitangan agar sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan menguruskan program organisasi secara profesional, teratur dan berkualiti.

Kongsi berita ini