KUCHING, 10 Oktober 2026 – Alhamdulillah, Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berjaya merangkul Johan Anugerah Kreativiti Terbaik dalam Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti dan kerjasama erat seluruh anggota kontinjen serta kakitangan AKYBMS yang bersama-sama menjayakan persiapan dan penyertaan dalam istiadat berprestij ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota kontinjen dan kakitangan AKYBMS atas usaha serta pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mengangkat martabat budaya Melayu Sarawak.





