IHYA RAMADAN AKYBMS 1444H / 2023M @ Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah, Sri Aman dan di Surau Kampung Hilir Bungin, Spaoh, Bahagian Betong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah jelajah majlis Ihya Ramadan yang terakhir Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah sampai ke dua lokasi sasaran iaitu di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah, Sri Aman pada 5 April 2023 (Rabu) dan di Surau Kampung Hilir Bungin, Spaoh, Bahagian Betong pada 8 April 2023 (Sabtu).
Kedua-dua majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr Haji Wahbi Bin Junaidi, ahli Pemegang Lembaga Amanah AKYBMS, Pengerusi Jawatankuasa Agama. Jumlah jemputan adalah 90 orang termasuk ahli Residen, Pegawai Daerah, Pegawai Agama JAIS, Pengerusi Masjid dan Surau, Ketua Kampung Muhibbah, Ahli Jawatankuasa Masjid, warga Kampung Muhibbah dan Kampung Hilir Bungin.
Pengisian majlis terdiri daripada tiga aktiviti iaitu ucapan penghargaan daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah, sesi tazkirah Ramadan, sesi bacaan tahlil dan majlis iftar bersama jemaah yang hadir. Di samping itu, dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, Datuk Dr Haji Wahbi Bin Junaidi turut menyerahkan sumbangan wakaf Al-Quran kepada Jawatankuasa Masjid yang telah dikunjunginya semasa majlis berlansung. Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat mengingatkan kita untuk membaca Al-Quran dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Semoga Ihya Ramadan anjuran AKYBMS kali ini dapat memberikan manfaat bagi umat Islam. Justeru itu, marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan Ramadan dengan baik serta memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti hidup secara spiritual dan fizikal. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita semua dalam menjalani ibadah dan tugas kita di jalan-Nya.
Allahuma Aaminn Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kongsi berita ini