⚜️SEMINAR KEARIFAN BORNEO 2026⚜️

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei 2025 – YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah dijemput sebagai pengucaptama dalam Seminar Kearifan Borneo anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Seminar tersebut turut dihadiri oleh para mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS, tetamu jemputan daripada pelbagai jabatan, serta Ketua-Ketua Kaum dari daerah Samarahan. Kehadiran pelbagai pihak ini memperlihatkan sokongan terhadap usaha memperkasa wacana ilmu, budaya dan warisan tempatan, khususnya dalam mengangkat nilai kearifan Borneo sebagai khazanah penting masyarakat.
Turut hadir dalam sesi ucaptama tersebut ialah Datuk Profesor Kolonel (K) Dr. Awang Azman bin Awang Pawi, Dr. Suffian Mansor, Encik Azuan Jemat dan Encik Muhammad Qhidir bin Mat Isa. Kehadiran mereka menyerlahkan semangat kerjasama rentas institusi dalam memperkukuh jaringan ilmu, budaya dan masyarakat, sekali gus menjadi simbol kepada pengukuhan Jaringan Budaya Melayu.
Dalam seminar tersebut, AKYBMS turut mengambil bahagian dalam pameran bagi memperkenalkan peranan yayasan dalam usaha memelihara, mendokumentasi dan memperkasa warisan Melayu Sarawak kepada masyarakat umum, khususnya generasi muda.

Kongsi berita ini