Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena sambutan Hari Sarawak 2026, warga kerja Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak merakamkan ucapan selamat menyambut hari yang penuh bersejarah ini kepada seluruh rakyat Sarawak.
Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, memelihara khazanah budaya serta menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap Bumi Kenyalang. Dengan tekad dan usaha bersama, kita melangkah maju membina Sarawak yang aman, sejahtera dan makmur untuk generasi masa hadapan.
Sarawak Maju Makmur.




