⚜️Kunjungan daripada Owl & Badger Research” ⚜️

6 Jun 2024 (Khamis): Terima kasih kepada pihak Owl & Badger Research (OB Research) kerana sudi untuk berkunjung ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Tujuan perjumpaan bersama dengan Cik Zafirah binti Othman adalah kerana pihak OB Research ingin mencari pakar Bahasa Melayu Sarawak untuk bengkel penulisan kreatif (puisi, pantun, sajak, dll). Terima kasih kepada Dr. Kami Salem kerana turut sudi berkongsi kepada penyelidik OB Research tentang maklumat dan sumber yang berkaitan dengan Bahasa Melayu Sarawak.
Semoga sesi perjumpaan dan perbincangan yang telah diadakan dapat memberikan hasil yang terbaik kepada kedua-dua belah pihak.
PS: Kepada sesiapa yang ingin membeli buku terbitan AKYBMS yang bertajuk “Pantun Sarawak Tanda Kasih Kesetiaan Sejati” bolehlah DM facebook kami ☺️

Kongsi berita ini