KUCHING, 22 September 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 dan Majlis Syarahan Negarawan: Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah diadakan di Wisma Melayu Sarawak bagi memastikan kelancaran persiapan serta penyelarasan pelaksanaan kedua-dua program berkenaan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Penyelidikan dan Pengembangan, Arkib Negara Malaysia.
Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan antara agensi dan pihak berkepentingan dalam memperincikan aspek pengurusan, protokol, keselamatan, teknikal, logistik, publisiti serta persiapan lokasi menjelang penganjuran program yang akan berlangsung pada 29 dan 30 September serta 1 Oktober 2026 di Wisma Melayu Sarawak.
Antara agensi dan wakil yang turut hadir ialah Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak melalui Setiausaha Sulit Kanan, Jabatan Kerja Raya Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Sarawak (RELA), Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPAN), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), Pustaka Negeri Sarawak, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), serta Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak.
Kerjasama erat antara semua agensi yang terlibat amat penting bagi memastikan setiap aspek persiapan dapat diselaraskan dengan teratur sekali gus menjayakan penganjuran Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 dan Majlis Syarahan Negarawan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari berkenaan





