Hari ini, Cik Zafirah daripada Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS, diiringi oleh Encik Norazam bin Azni Shah dan Encik Khalid Chek, telah berkunjung ke kediaman Allahyarham Datuk Amar Abang Yusuf Abang Puteh bagi menerima beberapa artifak yang disumbangkan kepada AKYBMS.
Antara artifak yang diterima ialah tudung keringkam, cerek tembaga (brass kettle) dan tembikar, yang mempunyai nilai warisan serta mencerminkan aspek budaya dan kehidupan masyarakat terdahulu.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian keluarga Allahyarham menyumbangkan artifak berkenaan. Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha AKYBMS menghimpun, mendokumentasikan dan memelihara khazanah warisan Melayu Sarawak untuk tujuan penyelidikan, pendidikan dan rujukan generasi akan datang.
AKYBMS turut mengalu-alukan sumbangan artifak, buku, manuskrip, dokumen, gambar lama serta bahan berkaitan sejarah dan budaya Melayu Sarawak untuk tujuan pemeliharaan dan penyelidikan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan koleksi, sila hubungi pihak AKYBMS.





