Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan membuat persembahan di Karnival Perpaduan Stakan 2026 yang akan berlangsung di:
Pusat Komersial Uni Central, Kota Samarahan
28 & 29 Ogos 2026
8.00 malam
AKYBMS akan menampilkan pelbagai persembahan seni dan budaya Melayu Sarawak, antaranya tarian, silat, lagu Melayu asli, syair, sajak serta gendang Melayu Sarawak.
Ayuh hadir beramai-ramai untuk menyaksikan keunikan seni budaya Melayu Sarawak dan bersama-sama kita menghayati serta melestarikan warisan budaya negeri ini.
Jumpa kitak orang di Kota Samarahan!
#AKYBMS #KarnivalPerpaduanStakan2026 #SeniBudayaMelayuSarawak #WarisanSarawak





