KUCHING, 14 Mei 2026 – YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tan Sri Datuk Amar Dr. Hamid Bugo di Petra Jaya Properties bagi berkongsi perkembangan semasa serta hala tuju ekonomi AKYBMS dalam memperkukuh agenda pembangunan institusi, pemerkasaan warisan budaya Melayu Sarawak dan kesejahteraan komuniti.
Pertemuan tersebut turut menjadi platform perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik, pembangunan ekonomi komuniti, pemerkasaan aset warisan serta usaha memperluas peranan AKYBMS sebagai institusi yang aktif dalam bidang kebudayaan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sosial masyarakat Melayu Sarawak.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said turut berkongsi beberapa inisiatif dan perancangan semasa AKYBMS termasuk pembangunan program warisan, pengukuhan jaringan kerjasama institusi serta usaha memperkasakan Wisma Melayu Sarawak sebagai pusat rujukan budaya dan intelektual Melayu Sarawak.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tan Sri Datuk Amar Dr. Hamid Bugo menerima kunjungan tersebut serta berkongsi pandangan dan nasihat yang amat bermakna demi pembangunan dan kemajuan institusi pada masa hadapan.





