

Alhamdulillah, program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1446H/2025M telah berjaya disempurnakan di Surau Darul Nur Dini, Kampung Sungai Midin.
Turut hadir dalam program ini ialah Encik Wan Mohammad Irfan, Encik Amirul Rashid bin Abdullah, Encik Abg Saiful Annuar Abg Morsidi, Encik Mohd Harith bin Heykal, Puan Iszaliana, dan Cik Noralla binti Hamdan. Mereka berjaya menyerahkan 30 bakul makanan kepada asnaf terpilih

di Kampung Sungai Midin pada petang ini.
Kami dari pihak AKYBMS ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati usaha kita dan memberi kita peluang untuk terus berbakti kepada masyarakat.

