

Menjadi Pembela Keunggulan Bangsa Melayu Sarawak
Sejarah
Semasa ditubuhkan pada tahun 1994 badan ini dinamakan Yayasan Budaya Melayu Sarawak(YBMS) dan pada tahun 2003 telah didaftarkan semula menjadi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Ilham untuk menubuhkan sebuah organisasi baharu untuk masyarakat Melayu Sarawak telah tercetus semasa Seminar Budaya Melayu II pada tahun 1993 dalam rangka Simposium Budaya Sarawak II anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Para peserta seminar tersebut yang terdiri daripada pemimpin politik, kakitangan kerajaan, sarjana, guru dan ketua masyarakat dari semua Bahagian berpendapat perbalahan politik yang masih hangat ketika itu memerlukan wadah baharu untuk memupuk semula ukhuwah yang telah tergugat itu.
Berita
Buku Negeri Santubong Sejarah Awal Sarawak, 300ESS -1647ES telah sedia untuk dijual. Sanib Said - sejarawan ulung Sarawak dan pakar buku teks Sejarah Malaysia telah...
Khamis – 24 Disember 2020 Bertempat di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Jalan Rodway, Wacana Intelektual Melayu Sarawak bersempena SAMAngenang Novel Hikayat...
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah melakar sejarah yang sangat signifikan dengan menjayakan Majlis Pecah Tanah Wisma Melayu Sarawak semperna dengan pembinaan Wisma...
SAMAtandak Persembahan Tarian Melayu Sarawak Siri ke-2: Kuching, Memartabatkan Tarian Melayu Sarawak
Kuching, Sarawak: 10 Jun 2019, SAMAtandak Tarian Melayu Sarawak telah bertandang di Mydin Mall, Petra Jaya bagi memperkenalkan kepada masyarakat tarian Tradisional Melayu Sarawak serta...
Marudi, 27 September 2019 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram menghargai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu dalam usaha membantu mempertingkatkan kecemerlangan...
KUCHING, SARAWAK, 20 JULAI 2019 (SABTU) – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu telah mengadakan Program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2019 Siri III Pencak Silat di...