Wisma Melayu Sarawak

Idea mendirikan sebuah mercu tanda Melayu Sarawak telah dicetuskan oleh Allayarham Pehin Sri Datuk Patinggi (Dr) Adenan Satem selaku mantan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) AKYBMS .

Signifikan reka bentuk wisma Melayu Sarawak diilhamkan daripada motif tradisi dan kontemporari. Keindahan warisan estetika busana Melayu iaitu tengkolok dan keringkam menjadi daya inspirasi utama dalam memanifestasikan keunggulan mercu tanda baharu di Sarawak.

Simbol tengkolok sebagai citra mahkota ulung bangsa sejajar dengan visi dan misi AKYBMS untuk mencemerlangkan Melayu Sarawak dalam segenap aspek.

Usaha untuk mendirikan Wisma Melayu ini telah mencapai kejayaan setelah Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merasmikan acara pecah tanah di tapak yang terletak di Jalan Diplomatik, Kuching. Kini, Wisma Melayu telah mula dibina sejak Disember 2022 di atas tanah seluas 6.5 ekar oleh kontraktor yang dilantik dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

Perkembangan terkini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman sosial rasmi AKYBMS.

Fasiliti Khas

Sejajar dengan objektif AKYBMS, rekabentuk mercu tanda baharu ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan dinikmati oleh masyarakat setempat seperti berikut:
Dewan serbaguna berkapasiti 2000 orang
Bilik seminar skala kecil
Ruang aktiviti terbuka
Galeri Sejarah & Budaya Melayu
Pejabat Pentadbiran AKYBMS
Kemudahan Surau
Taman Lanskap Khas
Kafeteria