Pertemuan AKYBMS bersama Susoul Sdn. Bhd. bagi Pelaksanaan Program SAMAsedia 2025

24 Julai 2025 (Khamis) – Satu pertemuan telah diadakan antara Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), dan pihak Susoul Sdn. Bhd. bertempat di Pejabat AKYBMS, Jalan Rodway. Pertemuan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Program SAMAsedia 2025 yang bakal dikendalikan di bawah Unit Pendidikan, Agama […]
Terima Kasih DBP Cawangan Sarawak

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak atas pemberian hadiah buku yang sangat bermakna iaitu: Hikayat Panglima Nikosa: Menelusuri Gagasan dan Pemikiran Ahmad Shawal Abdul Hamid Tradisi Lisan Toponimi: Asal Usul Nama Perkampungan Melayu di Kuching dan Samarahan Menarik untuk dikongsikan, pada tahun ini manuskrip Hikayat Panglima Nikosa telah berusia 149 […]
Sorotan Gambar Program SAMAsedia 2025

Menampilkan pelbagai aktiviti, perkongsian ilmu, dan sesi interaksi bersama para belia N.41 Kuala Rajang. Program SAMAsedia 2025 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Belawai. Siri ketiga program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang belia dari kawasan N.41 Kuala Rajang. Program selama […]
Selamat Menyambut Hari Sarawak 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami, warga kerja Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak 2025 kepada seluruh rakyat Sarawak. Marilah kita bersama-sama menghayati semangat perjuangan dan jati diri anak Sarawak dalam mendukung aspirasi “Sarawak Maju Makmur”, demi membina negeri yang inklusif, berbudaya tinggi, dan berdaya tahan untuk generasi akan datang. Sarawak […]
PERASMIAN Program SAMAsedia 2025

Program SAMASedia 2025, anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah dirasmikan di Dewan Masyarakat Belawai hari ini. Siri ketiga program ini melibatkan penyertaan 40 belia dari N.41 Kuala Rajang. Program selama tiga hari ini bertujuan untuk membina jati diri para belia, mempersiapkan mereka sebagai generasi pelapis pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing dalam […]
Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Kebangsaan Hikayat Panglima Nikosa (Sesi Kedua)

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan Sesi Kedua Mesyuarat Penyelarasan bagi Persidangan Kebangsaan Novel Melayu Pertama yang Diketahui di Dunia: Hikayat Panglima Nikosa, bertempat di Pejabat AKYBMS. Mesyuarat ini turut menjadi platform awal ke arah usaha pencalonan Hikayat Panglima Nikosa ke dalam program Memory of the World (MoW) UNESCO, sebagai sebuah karya […]
Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Kebangsaan Novel Melayu Pertama yang Diketahui di Dunia: Hikayat Panglima Nikosa

Pada 17 Julai 2025, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Kebangsaan Novel Melayu Pertama yang Diketahui di Dunia: Hikayat Panglima Nikosa bertempat di pejabat AKYBMS. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh rakan-rakan kolaboratif kami daripada: Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS Institut Pengajian Borneo & Kursi Nusantara, UNIMAS Pustaka Negeri Sarawak […]
Taklimat Program Kuching City Street Parade 2025

Kuching, 15 Julai – Satu taklimat berkenaan Program Kuching City Street Parade 2025 telah diadakan pada malam ini bertempat di Bilik Mesyuarat AKYBMS. Taklimat yang bermula pada jam 7.30 malam ini diadakan bagi membincangkan persiapan dan penglibatan pihak-pihak berkaitan dalam penganjuran perarakan berkenaan. #kuchingcityparade #akybms #citylights
Wawancara Sejarah RTM

Sebentar tadi, Sarawak FM di bawah RTM (Radio Televisyen Malaysia) telah hadir ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk menemubual Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said mengenai salah seorang tokoh penting dalam sejarah Sarawak iaitu Syarif Masahor. Temubual ini diadakan bersempena Sambutan Hari Sarawak yang bakal tiba pada 22 Julai nanti […]
Majlis Bacaan Yassin AKYBMS

Tarikh: 4 Julai 2025 (Jumaat) Masa: 9.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap […]