⚜️ SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri III: Pencak Silat ⚜️

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan menganjurkan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri III: Pencak Silat! Program ini memberi tumpuan kepada seni Pencak Silat yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya Melayu Sarawak. Tarikh: 13 September 2025 Masa: 8.30 malam Lokasi: Godown Amphitheatre, Sungai Tebingan Kuching Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan […]
Kunjungan Hormat dari YSIS

Kuching, 27 Ogos 2025 – Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Yayasan Sarawak International Secondary School untuk bekerjasama dalam program yang akan datang. Kedatangan mereka telah disambut oleh Ketua Bahagian Program dan Kebudayaan, Encik Mohd Amirul Rashid bin Abdullah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Cikgu Nor […]
Kunjungan Hormat kepada MYSED

8 September 2025 : Pengurus besar Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) iaitu YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah memberi kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Frederick Morshidi selaku Setiausaha Tetap (SUT), Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di Tingkat 16, Bangunan Baitulmakmur II. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin […]
6 September 2025

Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah meraih Naib Johan dalam Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2025 bagi kategori Swasta & NGO, dipimpin oleh Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari. Kejayaan ini menjadi lambang kecintaan kami kepada Rasulullah SAW yang sentiasa segar di hati. Seramai 9,000 peserta daripada 209 kontinjen termasuk […]
Membina Sahsiah dan Kecemerlangan: KPMIC Semarakkan Jiwa Pelajar di SMK Semop

4 September 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) selama satu hari yang disertai seramai 98 orang pelajar. Majlis penangguhan program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55 Nangka. Turut […]
Salam Maulidur Rasul 1447H

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, demi membina “Ummah Maju Makmur”. #MaulidurRasul #AKYBMS #UmmahMajuMakmur
Jejak Warisan di Kampung Lidah Tanah

Pada 2 September 2025, Datu Dr. Sanib bin Haji Said bersama Unit Penyelidikan & Media AKYBMS telah menjejak sejarah di Kampung Lidah Tanah, salah satu tapak bersejarah penting di Sarawak. Selain meninjau makam-makam lama di sekitar kampung, lawatan ini juga menyingkap peranan besar Lidah Tanah yang pernah menjadi pusat pentadbiran selepas kerajaan Santubong berpindah dari […]
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68!

Dengan semangat “Bersama Menjulang Warisan dan Kemerdekaan”, marilah kita terus menghargai pengorbanan pejuang terdahulu, memperkukuh perpaduan, dan memelihara warisan budaya bangsa demi Malaysia yang makmur dan berdaulat. Salam Kemerdekaan daripada kami di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). #Merdeka68 #MalaysiaMerdeka #AKYBMS
✨ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 ✨

“Hari ini kita bebas kerana semalam mereka berkorban.” Hari Kebangsaan bukan sekadar perayaan, tetapi satu peringatan tentang pengorbanan pejuang tanah air yang telah berjuang demi kemerdekaan dan kebebasan kita hari ini. Marilah kita bersama-sama memupuk semangat perpaduan, mempertahankan keamanan, serta terus mencintai negara tercinta, Malaysia. Tulus ikhlas, Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji […]
AKYBMS Perkukuh Jalinan dengan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

29 Ogos 2025 – Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dan telah disambut mesra oleh Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia dan Puan Anita Muhammad Ishak, Penolong Pengarah Negeri ll, […]