SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri III: Pencak Silat selesai dengan jayanya!

Persembahan pencak silat malam tadi benar-benar memukau. Ia menampilkan keindahan gerak, kekuatan semangat dan warisan budaya yang penuh berprestij. Setiap langkah, jurus dan persembahan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir di Godown Amphitheatre, Sungai Tebingan Kuching. Semalam bukan hiburan biasa, sebaliknya satu penghargaan kepada seni bela diri warisan Melayu yang terus hidup dan berkembang […]
Flash Mob Pencak Silat Gegarkan Square Tower!

Flash Mob Pencak Silat telah berlangsung sebentar tadi di Square Tower, Sungai Tebingan Kuching, Sarawak. Persembahan penuh bertenaga ini berjaya memukau orang ramai dengan gerakan silat yang tangkas serta semangat juang yang membara. Jangan lepaskan acara utama malam ini! SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri III: Pencak Silat akan berlangsung di Godown Amphitheatre, Sungai […]
⚜️ ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKITANGAN AKYBMS ⚜️

11 Jun 2025 (Khamis): Sebagai tanda penghargaan atas jasa kakitangan AKYBMS, secara tradisi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan akan menyediakan kek pulut kuning pada setiap mesyuarat bulanan bagi meraikan kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada bulan Ogos: Encik Norazam bin Azni Shah Semoga dikurniakan usia yang […]
⚜️Majlis Bacaan Yassin AKYBMS⚜️

Tarikh: 12 September 2025 (Jumaat) Masa: 9.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap […]
⚜️ SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri III: Pencak Silat ⚜️

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan menganjurkan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 Siri III: Pencak Silat! Program ini memberi tumpuan kepada seni Pencak Silat yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya Melayu Sarawak. Tarikh: 13 September 2025 Masa: 8.30 malam Lokasi: Godown Amphitheatre, Sungai Tebingan Kuching Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan […]
Kunjungan Hormat dari YSIS

Kuching, 27 Ogos 2025 – Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Yayasan Sarawak International Secondary School untuk bekerjasama dalam program yang akan datang. Kedatangan mereka telah disambut oleh Ketua Bahagian Program dan Kebudayaan, Encik Mohd Amirul Rashid bin Abdullah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Cikgu Nor […]
Kunjungan Hormat kepada MYSED

8 September 2025 : Pengurus besar Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) iaitu YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, telah memberi kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Frederick Morshidi selaku Setiausaha Tetap (SUT), Kementerian Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di Tingkat 16, Bangunan Baitulmakmur II. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin […]
6 September 2025

Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah meraih Naib Johan dalam Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2025 bagi kategori Swasta & NGO, dipimpin oleh Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari. Kejayaan ini menjadi lambang kecintaan kami kepada Rasulullah SAW yang sentiasa segar di hati. Seramai 9,000 peserta daripada 209 kontinjen termasuk […]
Membina Sahsiah dan Kecemerlangan: KPMIC Semarakkan Jiwa Pelajar di SMK Semop

4 September 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) selama satu hari yang disertai seramai 98 orang pelajar. Majlis penangguhan program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55 Nangka. Turut […]
Salam Maulidur Rasul 1447H

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1447H kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, demi membina “Ummah Maju Makmur”. #MaulidurRasul #AKYBMS #UmmahMajuMakmur