⚜️ KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI UCSI ⚜️

KUCHING, 21 Januari 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti UCSI yang berlangsung di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Kunjungan ini bertujuan mendapatkan rujukan serta maklumat berkaitan sejarah dan warisan makanan tradisional Melayu Sarawak sebagai usaha pemeliharaan dan pendokumentasian warisan budaya tempatan. Kunjungan tersebut disertai […]
⚜️ Santubong: Jejak Tamadun Islam di Borneo ⚜️

Program Jejak Sejarah Santubong telah dilaksanakan melalui sesi penggambaran dokumentasi yang memfokuskan sejarah dan warisan Santubong sebagai tapak awal perkembangan tamadun serta kedatangan Islam di Borneo. Penggambaran ini dijalankan di bawah arahan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, dengan kerjasama Dr. Farid bin Mat Zain (Universiti Kebangsaan Malaysia), serta sokongan kru Encik Shahril Rani dan Saudara […]
⚜️Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang 2026⚜️

SARATOK, 31 Januari 2026 – Program Kursus Pelajar Melayu–Islam Cemerlang telah berjaya dianjurkan pada 31 Januari 2026 bertempat di Dewan SMK Saratok dengan penyertaan seramai 86 orang pelajar, sebagai inisiatif memperkasa kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah pelajar Melayu–Islam. Program berkenaan telah dirasmikan oleh En. Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Wakil Pengurus Besar Amanah Khairat […]
⚜️Kolaborasi TVS–AKYBMS dalam Tinjauan Seni Arca Besi Sadong Jaya ⚜️

Sadong Jaya, 29 Januari 2026 — Satu tinjauan lapangan telah diadakan di Sadong Jaya pada 29 Januari 2026 melalui kolaborasi strategik bersama TVS bagi tujuan sesi temu bual dan dokumentasi seni arca besi. Tinjauan ini memberi tumpuan kepada sesi temu bual bersama Encik Mohamad Kasat bin Bujang, seorang penggiat seni tempatan yang berkongsi kepakaran serta […]
⚜️Konsert Rhythm of Soul di Kuching⚜️

KUCHING, 24 Januari 2026 – Konsert Rhythm of Soul: Bersama Opick yang telah berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak berjaya menghimpunkan pencinta seni dan muzik kerohanian dalam sebuah acara bermakna yang sarat dengan penghayatan nilai keinsafan dan kemanusiaan. Penganjuran konsert berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji […]
⚜️AKYBMS–DBP Perkukuh Kerjasama Penerbitan⚜️

KUCHING, 20 Januari 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menerima kunjungan hormat daripada Unit Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah diadakan di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang penerbitan dan pemerkasaan bahasa. Kunjungan berkenaan melibatkan penyertaan Encik Shahril Rizal […]
Majlis Sambutan Israk dan Mikraj anjuran AKYBMS dengan kerjasama Surau Darul Falah

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Israk dan Mikraj anjuran AKYBMS dengan kerjasama Surau Darul Falah telah selamat dilaksanakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya penceramah jemputan Ustaz Yunus Ali, ahli jawatankuasa surau, kakitangan AKYBMS serta para jemaah yang hadir bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini. Semoga segala perkongsian dan pengajaran daripada peristiwa […]
Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sarawak.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka akses kepada bahan rakaman bersejarah (historical footage) yang berkaitan dengan warisan dan sejarah Melayu Sarawak, di samping membuka ruang perbincangan bagi potensi kerjasama strategik pada masa hadapan, khususnya dalam bidang dokumentasi, penyelidikan dan penerbitan kandungan warisan. AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak FINAS menerima kunjungan ini serta komitmen yang […]
MESYUARAT AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH AKYBMS BIL. 1/2026

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Bil. 1/2026 telah diadakan pada 14 Januari 2026 bertempat di Wisma Sumber Alam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi LPA AKYBMS, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, dan dihadiri oleh Ahli-ahli LPA AKYBMS, wakil agensi berkaitan, […]
⚜️Majlis Bacaan Yassin AKYBMS⚜️

Tarikh: 9 Januari 2025 (Jumaat) Masa: 9.00 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Norazam bin Azni Shah dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan kita. Terima kasih […]