AKYBMS: Majlis Sambutan Israk Mikraj di Kampung Melayu Siniawan, Bau

Bau, 26 Januari 2025 – Majlis Sambutan Israk Mikraj anjuran AKYBMS telah diadakan dengan jayanya di Masjid Darul Iman, Kampung Siniawan Seberang, Bau. Program ini turut dihadiri oleh jemputan khas dan penduduk setempat. Majlis diserikan dengan ceramah sejarah oleh Pengerusi AKYBMS, YBhg Datu Dr. Hj Sanib bin Haji Said, yang juga merupakan Pengurus Besar AKYBMS. […]
Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025

KUCHING, 21 Januari 2025 – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berpendapat bahawa terdapat keperluan mendesak untuk kajian yang terperinci dan menyeluruh terhadap sistem perundangan Mahkamah Syariah di Sarawak. Menurut beliau, kajian ini adalah perlu bagi memastikan sistem Mahkamah Syariah dapat diperkukuh atau dimantapkan melalui […]
Majlis Pelancaran Buku Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak Berteraskan Syariah Islam

KUCHING, 20 Januari 2025 – Majlis Pelancaran Buku “Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak Berteraskan Syariah Islam” telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, di Hikmah Exchange, Kuching, semalam. Buku yang diterbitkan sebagai usaha untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat […]
⚜️KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SILAT SARAWAK ⚜️

Pada 20 Januari 2025 (Isnin), delegasi dari beberapa pertubuhan persilatan, yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak, Persatuan Persilatan Seni Silat Asli Zamrud Kuching, Perguruan Pencak Silat Warisan Spring 15, Kelab Silat Olahraga Selendang Abadi Jati, dan Pencak Silat Nilam Sari, telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin […]
⚜️PERJUMPAAN AKYBMS BERSAMA ENCIK AWANG ZAMHARI BIN AWANG MAHMOOD, PENGARAH JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK ⚜️

Kuching, 17 Januari 2025 (Jumaat) – Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan penuh penghormatan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Beliau diiringi oleh Ketua Bahagian Pentadbiran AKYBMS, Encik Amirul Akbar bin Osman, dan Ketua Unit Aset AKYBMS, Encik Mohammad Hiedil bin Maria. Ketibaan rombongan tersebut disambut […]
⚜️Lawatan ke Tapak Wisma Melayu Sarawak⚜️

Kuching, 14 Januari 2025 – Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS, bersama pelajar latihan industri iaitu En. Muhammad Zareefe Jeffnee telah mengadakan lawatan ke tapak Wisma Melayu Sarawak. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran AKYBMS iaitu En. Amirul Akbar bin Osman. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat terperinci serta mendokumentasikan perkembangan projek Wisma Melayu […]
⚜️ DALAM KENANGAN: ALLAHYARHAM PEHIN SRI TAN SRI (DR) HAJI ADENAN BIN HAJI SATEM ⚜️

“You listen to me. I represent Sarawak. “I am Adenan Satem, and I keep my promises.” Sentiasa dalam kenangan, hati dan doa. Al-Fatihah. #AdenanSatem #alfatihah
⚜️ Jom ke Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak ⚜️

Jabatan Muzium Sarawak dengan sukacitanya telah mengumumkan bahawa bermula , Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak, Aras 2, Bangunan Annex dibuka kepada pelajar sekolah dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6, pelajar IPTA/IPTS (Melalui temujanji) dan penyelidik (Melalui surat kelulusan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak). : Isnin hingga Khamis: 9:00 pagi – 12:30 tengahari 2:15 petang – 4:30 petang […]
Lawatan dari Co Op Bank Pertama

Lawatan dari Co Op Bank Pertama Co-op Bank Pertama telah mengadakan satu kunjungan rasmi ke Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi mempromosikan serta memberikan penerangan mendalam mengenai perkhidmatan kewangan kepada kakitangan AKYBMS. Sesi taklimat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS dengan kehadiran wakil daripada pihak pengurusan AKYBMS. Dalam sesi tersebut, pelbagai perkhidmatan, […]
⚜️LAWATAN KE PEJABAT AKYBMS⚜️

Kuching, 8 Januari 2024 – Institut Perguruan Kampus Batu Lintang (IPGMKBL) telah mengadakan lawatan ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bagi menyampaikan sijil penghargaan atas kerjasama erat dalam menjayakan program Karnival Mini Seni Budaya “TokLah Kamek” yang berlangsung pada 29 November 2024. Kunjungan ini turut memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan […]