Mesyuarat Pencalonan Hikayat Panglima Nikosa ke Memory of the World (UNESCO)

KUCHING, 13 FEBRUARI 2025 – Satu mesyuarat khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi membincangkan pencalonan Hikayat Panglima Nikosa, novel Melayu pertama di dunia, ke dalam daftar Memory of the World (UNESCO). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Sanib Said dan dihadiri oleh wakil daripada pelbagai institusi […]
4,000 followers!!!

Alhamdulillah Page Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak sudah ada lebih 4,000 pengikut. Terima kasih kerana ikut perkembangan kami. Terima kasih tonton video kami. Terima kasih berbual mesra di posting kami. — Teruskan bersama kami. Ajak lagi ramai kawan-kawan yang lain untuk ikuti Facebook page kami. Insya-Allah, lebih ramai audiens, lebih banyak variasi konten kami […]
CONTEMPORARY LEADERSHIP INTERNATIONAL SUMMIT 2025

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menyantuni program Contemporary Leadership International Summit 2025 yang diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak pada 11-12 Februari 2025. Program ini memberi platform kepada pemimpin dan pakar industri dari pelbagai negara untuk berkongsi pengetahuan, idea, serta pengalaman dalam memajukan kepimpinan kontemporari di peringkat global. Terima kasih kepada semua […]
SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025!

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mempersembahkan SAMArindok Siri I: Gendang Melayu Sarawak 2025 pada ketetapan berikut: Tarikh: 15 Februari 2025 (Sabtu) Masa: 8.30 Malam Lokasi: Godown Amphitheatre, Kuching Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan Gendang Melayu Sarawak, seni warisan yang penuh irama dan tradisi. Juh kita sama-sama ngidupkan budaya Melayu. Mun bukan kita, […]
SAMAsedia 2025 Siri ke-1 @ Kem Belia Pueh, Sematan

SEMATAN – Barisan kepimpinan belia perlu diperkukuhkan sejak awal bagi melahirkan pemimpin akar umbi yang berwibawa. Program SAMAsedia 2025 atau Kem Aspirasi Warisan Anak Negeri, bertujuan membentuk kepimpinan belia melalui pendekatan yang santai, interaktif dan penuh nilai perpaduan serta patriotisme selaras dengan semangat Sarawakku Sayang. Program yang berlangsung dari 7 hingga 9 Februari 2025 di […]
Lawatan ke Muzium Islam Sarawak dan Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawa

5 Februari 2025 (Rabu): Pihak Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan lawatan ke Muzium Islam Sarawak dan Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak bersama Encik Zareefe bin Jefnee, pelatih industri di AKYBMS. Muzium Islam Sarawak yang kita kenali sekarang dahulunya merupakan sebuah sekolah Melayu yang dikenali sebagai “James Brooke Malay College”. Ia telah dibina pada era […]
Sesi Kunjungan Hormat AKYBMS ke Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)

Februari 2025 (Khamis), Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datu Haji Abang Mohd Shibli Bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), di Ibu Pejabat TBS. Delegasi AKYBMS telah dipimpin oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Kunjungan hormat ini […]
ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKITANGAN AKYBMS

Bagi menghargai jasa kakitangan AKYBMS, secara tradisinya pada mesyuarat bulanan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan akan menyediakan kek pulut kuning sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada hari ini iaitu Puan Halzaitul ‘Ain binti Ngatijo. Semoga dikurniakan usia dan kesihatan […]
Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Mahmud

Alhamdulillah, kami berpeluang bertemu dan berbincang dengan Tuan Haji Mahmud, seorang sukarelawan AKYBMS yang telah bersama kami sejak 30 tahun lalu, dan kini seorang usahawan yang berjaya. Terima kasih di atas segala sokongan dan inspirasi yang telah beliau berikan. Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh demi kebaikan bersama. #AKYBMS #KunjunganHormat #InspirasiUsahawan #DatuDrHajiSanib
Selamat Tahun Baharu Cina 2025

Dari pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025 kepada semua rakan-rakan, keluarga dan masyarakat yang menyambutnya. Semoga tahun yang baru ini membawa kegembiraan, keberkatan, dan kejayaan yang berpanjangan. Semoga setiap langkah yang diambil dalam tahun ini dipenuhi dengan kesejahteraan, kemakmuran, dan peluang yang lebih baik. Kami juga berharap […]