KPMIC 2025 @ SMK Merapok: Menyemai Kecemerlangan Pelajar Melayu Islam

Program Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) 2025 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Mei 2025 bertempat di Dewan SMK Merapok, Lawas. Seramai 90 orang pelajar telah menyertai program intensif ini yang memberi penekanan kepada pembangunan jati diri, sahsiah, dan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar Melayu Islam. […]
SUKARELAWAN AKYBMS

(Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak) Adakah anda sedang mencari peluang untuk menyumbang kepada komuniti Melayu Sarawak? Adakah anda bersemangat untuk membantu sesama insan, mencipta perubahan positif, dan memperkukuh warisan budaya kita? Jika ya, inilah masanya untuk anda bersama kami sebagai Sukarelawan AKYBMS – satu inisiatif yang memupuk semangat kebersamaan, memperkasakan nilai budaya, dan menjunjung […]
Pertemuan Budaya: Saribas Menyapa AKYBMS

Pada 23 Mei 2025, Encik Jobli dari Pusa, Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Pertemuan ini berlangsung dalam suasana yang mesra dan penuh makna, membincangkan usaha memelihara serta memperkukuh warisan budaya Saribas.
VIC Berambeh @ Pusat Maklumat Pelawat, Sarawak Tourism Board

21 Mei 2025 (Rabu) – Sarawak Tourism Board (STB) telah menjemput Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk menyertai program VIC Berambeh yang diadakan di Pusat Maklumat Pelawat (Visitor Information Centre – VIC). Program ini bertujuan untuk membina jaringan kerjasama serta mengukuhkan hubungan bersama pemegang taruh serantau dengan menyediakan maklumat terkini mengenai industri pelancongan […]
AKYBMS & Pelatih UNIMAS di Persembahan “Berduruk” JKKN Sarawak

21 Mei 2025 (Rabu) – AKYBMS turut serta dalam acara “Citra Malaysia: Berduruk” anjuran JKKN Sarawak yang diadakan di Muzium Budaya Borneo, Kuching. Acara bermula jam 3.00 sampe 4.00 petang, dengan persembahan budaya yang sungguh meriah. Turut hadir, Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS serta dua orang […]
T-Shirt Baharu, Semangat Baharu: SAMAsedia 2025 Bakal Dilaksana

20 Mei 2025 (Selasa): Satu pertemuan telah diadakan antara Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, bersama pihak Susoul Sdn. Bhd. dan AKYBMS bertempat di Pejabat AKYBMS, Jalan Rodway, bagi membincangkan pelaksanaan Program SAMAsedia 2025 yang bakal dikendalikan di bawah Unit Pendidikan, Agama dan Sosial. Pihak Susoul Sdn. Bhd. diwakili […]
Perbincangan Wisma Melayu Kukuhkan Komitmen Pelestarian Warisan

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), satu sesi perbincangan penting berkaitan pembangunan Wisma Melayu telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 16, Wisma Sumber Alam. Perbincangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk merealisasikan penubuhan sebuah pusat warisan dan kebudayaan Melayu yang berperanan sebagai mercu tanda penting bagi komuniti Melayu Sarawak. Sesi ini telah […]
SELAMAT HARI GURU

Cikgu yang dikasihi, Salam penghargaan buat semua insan bergelar pendidik. Sesungguhnya peranan dan jasa anda amat besar dalam membentuk generasi pewaris bangsa. Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar dan pengorbanan yang tidak ternilai. Ikhlas daripada seluruh warga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu
Temu Bual Kajian Penyelidikan bersama Pelajar PhD Antropologi, UNIMAS

8 Mei 2025 (Khamis): Satu sesi temu bual bagi kajian penyelidikan yang bertajuk “Formulating a Sustainable Partnership Model for Urban Cultural Heritage Capital in Kuching, Sarawak” telah diadakan bersama Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Fokus dan Temu Bual Mendalam bagi mengenal […]
Pemerkasaan Warisan Budaya: Mesyuarat Kerjasama Antara Jabatan Muzium Sarawak dan AKYBMS

2 Mei 2025 (Jumaat) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan lawatan ke Bangunan Annex, Jabatan Muzium Sarawak bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pemuliharaan dan dokumentasi warisan budaya Melayu Sarawak. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said Pengurus Besar, AKYBMS, Puan Nancy binti Haji Jolhi, […]