⚜️ AKYBMS bersama Lipur Lara ⚜️
AKYBMS bersama Lipur Lara 23 Mei 2024 (Khamis): Sebuah sesi perkongsian tentang Lipur Lara telah diadakan di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama dengan Encik Azuan Muda, Pengasas dan Pengarah Projek Lipur Lara. Tujuan perjumpaan bersama dengan Encik Amirul Akbar bin Osman dan Cik Zafirah binti Othman adalah untuk mengetengahkan karakter-karakter yang […]
⚜️ Kunjungan daripada Management Science University (MSU) ⚜️
Kunjungan daripada Management Science University (MSU) 23 Mei 2024 (Khamis): Terima kasih kepada pelajar Management Science University (MSU), Cawangan Sarawak kerana sudi untuk berkunjung ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pada hari ini. Tujuan mereka datang ke AKYBMS adalah untuk mengajak pihak AKYBMS berkolaborasi bersama dalam program Sarawak Ethnic Festival (Sarathnic Fest) […]
⚜️Santubong Kamek Datang!⚜️
21 Mei 2024 (Rabu): Alhamdulilah, selesai sudah aktiviti recce tempat bersama Jawatankuasa Induk Santubong Fringe Festival 2024. Aktiviti recce bersama Jawatankuasa Penyelarasan pengelola yang telah dilantik telah diketuai oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan AKYBMS untuk mengemaskini laporan kemajuan program tersebut. Turut hadir: Tuan Haji Suhaili Kipli, Penghulu Kampung Santubong, […]
JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK: ⭐Makam Sultan Tengah⭐
Pada 11 Mac 1993, Kerajaan Negeri Sarawak mengisytiharkan penemuan sebuah makam tua di sebuah kawasan hutan berdekatan dengan simpang Jalan Damai, Santubong, Kuching. Makam tersebut merupakan makam Sultan Tengah Sultan Sarawak yang pertama dan terakhir. Sebermula adapun seorang anak Marhum Tua (sebenarnya Sultan Muhamad Hasan) seorang bernama Raja Tengah, baginda gagah berani tiada berlawan serta […]
JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK: ⭐Zikir Al-Burdah ⭐
Zikir Al-Burdah merupakan persembahan qasidah yang ditulis oleh penyair Sufi Busiri (608H – 696H): melalui tradisi kesusasteraan Arab. Ia merupakan lantunan zikir yang memuji keperibadian Nabi Muhammad SAW, dan permohonan keampunan hamba kepada Allah SWT Ia dibawa oleh seorang pendakwah Sheikh Haji Abd Karim dari Semenanjung Tanah Arab.Beliau telah bergiat dalam menyebarkan ajaran agama Islam […]
JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK ⭐Pendidikan Orang Islam dan Melayu di Sarawak ⭐
Pendidikan Islam pada abad ke-18 di Sarawak lebih berpusat di masjid dan surau. Kemudian berubah kepada institusi pendidikan formal walaupun bukan di bawah kawalan pemerintah. Di Sarawak secara amnya, wacana pendidikan terlihat dalam empat bentuk: Kelas oleh orang besar dan kenamaan (Istana atau rumah pembesar); Kuliah oleh tokoh ulama Sarawak seperti Datu Hakim Asaari dan […]
JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK ⭐Jom kita bertanjak⭐
Tanjak dikenali sebagai tengkolok, destar dan setanjak merupakan sejenis perhiasan kepala Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tanjak diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya yang tertentu. Tanjak sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu seperti seni silat, upacara majlis berlulut dan juga majlis […]
JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK: Jom kita berkeringkam
Keringkam merupakan seni sulaman emas tradisional yang menjadi kebanggaan wanita Melayu Sarawak. Selayah keringkam pada masa dahulu juga digunakan oleh kaum wanita di Majlis perkahwinan dan persandingan. Selayah keringkam dipadankan dengan kain songket dan kebaya labuh menjadikan pengantin perempuan kelihatan berseri-seri. Corak bunga yang terdapat pada selayah keringkam pengantin juga menunjukkan status pengantin perempuan yang […]
MESYUARAT PENYELARASAN ENSEMBLE MELAYU NUSANTARA OLEH AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK
13 Mei 2024 (Isnin): Laporan Kemajuan Program Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk ENSEMBLE Melayu Nusantara di Rainforest World Music Festival 2024 telah dijalankan di pejabat AKYBMS dengan baik. Semoga persembahan pada 28 Jun 2024 ini kelak akan mendapat sambutan yang baik dan dapat menambat hati penonton. #SAMArindokaidilfitriakybms #hutanhujantropika #rainforestfestivals #santubongfringe #festivalmuzikhutanhujansedunia
Lawatan Carus Sport and Event Sdn. Bhd. Ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak
13 Mei 2024 (Isnin): Terima kasih Carus Sport and Event Sdn. Bhd. kerana sudi bertandang di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk membincangkan tentang “Festival Nyamai Gastronomi Sarawak 2024, Edisi Hari Malaysia’. #kolaborasi #rakanstrategik #sayangMalaysia #eventmanagement