YBHG DATU PENGURUS BESAR AKYBMS HADIR KE PROGRAM RAMAH TAMAH AIDILFITRI MAJLIS SENI SARAWAK

15 MEI 2022 (AHAD)
Pengurus Besar AKYBMS, YBhg Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said bersama beberapa orang kakitangan AKYBMS telah hadir untuk memenuhi undangan Program Ramah Tamah Aidilfitri Majlis Seni Sarawak bersama Sahabat Seni Sarawak yang telah berlangsung di Dewan Suarah Kuching.
Ucapan perasmian daripada tetamu kehormat
Majlis yang bermula pada jam 8:00 malam ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. Hadirin telah disajikan dengan pelbagai persembahan seni oleh Penggiat-pengiat seni di Sarawak.
Persembahan dari Penggiat Seni Sarawak

 

YBhg Datu Pegurus Besar telah diberi penghormatan untuk menjadi wakil kepada Sahabat Seni Sarawak untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat pada malam tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Yang Berusaha Encik Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak atas jemputan. AKYBMS berharap agar industri seni di Sarawak akan terus berkembang dan dapat menyatukan lebih ramai penggiat seni di seluruh pelusuk negeri Sarawak.
YBhg Datu Pengurus Besar AKYBS menyampaikan cenderahari kepada tetamu kehormat

Kongsi berita ini