TAKLIMAT PROGRAM KEBAJIKAN MAKSAK UNTUK KAKITANGAN AKYBMS

11 Jun 2025: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil MAKSAK Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri, iaitu Encik Noorhisham dan Encik Gabriel, bagi menyampaikan taklimat berkaitan Program Kebajikan MAKSAK kepada para kakitangan AKYBMS.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan manfaat serta kemudahan yang ditawarkan oleh MAKSAK kepada penjawat awam, khususnya dalam aspek kebajikan, kemasyarakatan dan kesejahteraan warga perkhidmatan awam.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MAKSAK atas kunjungan dan perkongsian yang bermanfaat ini.

Kongsi berita ini