Sumbangan Artifak untuk Muzium Melayu Sarawak

Pada 4 September 2026, Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berkunjung ke Potres Studio bagi mengambil beberapa artifak budaya Melayu Sarawak yang telah disumbangkan untuk dipamerkan dan dipulihara sebagai sebahagian daripada koleksi Muzium Melayu Sarawak yang akan datang.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Narawi Rashidi atas sumbangan yang amat bermakna ini. Sumbangan sebegini bukan sahaja membantu memperkaya koleksi muzium, malah turut menjadi sebahagian daripada usaha mendokumentasikan, memelihara dan mewariskan khazanah budaya Melayu Sarawak kepada generasi akan datang.
Orang ramai yang mempunyai artifak, manuskrip, gambar lama atau bahan-bahan berkaitan sejarah dan budaya Melayu Sarawak serta berhasrat untuk menyumbangkannya bagi tujuan dokumentasi, pemuliharaan dan pameran, bolehlah menghubungi pihak AKYBMS.
Setiap artifak mempunyai cerita. Setiap cerita adalah warisan.

Kongsi berita ini