KUCHING, 28 Ogos 2026 – Unit Penyelidikan dan Media Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berkunjung ke Astana Sarawak bagi sesi rakaman video bersama Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar untuk kegunaan Muzium Melayu Sarawak kelak.
Rakaman ini merupakan sebahagian daripada usaha AKYBMS dalam menghimpunkan bahan dan kandungan bagi memperkayakan pameran serta dokumentasi sejarah di Muzium Melayu Sarawak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama atas kesudian memberikan peluang dan kerjasama dalam menjayakan sesi rakaman ini.
Terima kasih juga kepada pihak Astana Sarawak atas kerjasama dan layanan yang diberikan.





