Sarawak Malay Museum Workshop 2026 Tampilkan Pakar Permuziuman dari Singapura

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama PADI Gallery telah berjaya menganjurkan Sarawak Malay Museum Workshop 2026 pada 1 hingga 2 Julai 2026 di Pusat Tun Abang Haji Openg, Kuching.
Bengkel ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta dalam bidang permuziuman, merangkumi reka bentuk pameran, kuratorial, konservasi artifak, penyampaian kandungan muzium, mount-making dan pemasangan pameran.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti perkongsian ilmu daripada penceramah berpengalaman dari Singapura, iaitu Encik Ahmad Osman dari National University of Singapore Museum, Encik Ramli Nawee, seorang artis dan pereka Singapura, serta Encik Razali Mahat dan Encik Trevor Awin dari PADI Gallery & Museum Design Singapore.
Program ini disertai oleh wakil daripada LHEIAM, Jabatan Muzium Sarawak, UiTM Cawangan Sarawak, UNIMAS, PU Architect, PKMS, Kasat Arca dan beberapa organisasi lain. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib Said.
AKYBMS dan PADI Gallery merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan bengkel ini

Kongsi berita ini