ROMBONGAN AKYBMS DAN ITC MELAWAT TAPAK SEJARAH

28 Novermber 2021 – Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg Datu Dr. Hj. Sanib bin Hj. Said telah mengadakan lawatan ke tapak sejarah di sekitar Santubong bersama-sama rombongan daripada rakan strategik AKYBMS iaitu Islamic Tourism Centre (ITC) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohmed Razip Haji Hasan, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC). Sebelum memulakan perjalanan, YBhg Datu Pengurus Besar telah menyerahkan Buku Negeri Santubong Sejarah Awal Sarawak, 300ESS – 1647ES sebagai tanda kenang-kenangan kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah ITC.
Penyerahan tanda kenang-kenangan kepada Dato’ KP ITC
 
Lawatan yang telah bermula sejak awal pagi ini telah membawa rombongan untuk melihat sendiri kekayaan tapak sejarah di kawasan Santubong termasuk di Tanjung Kubor, Sungai Jaong, Bongkisam, Bukit Maras, Bukit Tegok, Batu Buaya dan Kampung Santubong. Lawatan ini bertujan untuk memperkenalkan kepada rakan strategik beberapa usaha dan idea pihak AKYBMS terhadap tapak-tapak sejarah ini selain memperkasa hubungan antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan industri pelancongan Islam di Sarawak. Sepanjang lawatan, YBhg Datu Pengurus Besar sendiri telah memberi penerangan berkaitan dengan sejarah awal negeri Sarawak sambil bertukar-tukar pandangan dengan rombongan.
Robongan melawat Bukit Jegok, Santubong
 
Semoga kerjasama baik antara kedua-dua pihak akan terus berkembang dan mampu menghasilkan impak yang positif dalam banyak aspek terutama dalam industri pelancongan.
Gambar kenangan berlatarbelakngkan Gunung Santubong

Kongsi berita ini