Program SAMAsedia Siri I 2026

Program SAMAsedia 2026 Siri I anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 bertempat di Dewan Suarah Limbang.
Siri pertama program ini melibatkan penyertaan belia dari kawasan N.79 Bukit Kota. Program selama tiga hari ini bertujuan untuk membina jati diri belia serta mempersiapkan mereka sebagai generasi pelapis yang berwibawa dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
Selain itu, SAMAsedia ini juga memberi fokus kepada usaha memupuk jati diri belia sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Diharapkan penganjuran SAMAsedia 2026 ini dapat mencapai objektif utamanya dalam melahirkan pemimpin-pemimpin baharu daripada kalangan belia yang berkarisma, berwawasan, dan mampu memacu pembangunan negeri pada masa hadapan.

Kongsi berita ini