PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2026

Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 bakal berlangsung dengan tema “Sejarah Sarawak: Mengisi Makna, Membina Negara Bangsa”, menghimpunkan para sarjana, penyelidik, sejarawan dan peminat sejarah dalam usaha memperkaya wacana serta pemahaman mengenai sejarah Sarawak.
Majlis perasmian persidangan ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
29–30 September 2026 (Selasa–Rabu)
⏰ 8.30 pagi
Wisma Melayu Sarawak, Kuching
Sila isi maklum balas kehadiran melalui pautan berikut:
Persidangan ini menjadi wadah penting bagi perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan perspektif baharu berkaitan sejarah serta warisan Sarawak, di samping memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa.
Ikuti siaran langsung menerusi platform rasmi Arkib Negara Malaysia:
YouTube: ArkibTV
Facebook: Arkib Negara Malaysia

Kongsi berita ini