Ayuh sertai Persidangan Antarabangsa Hikayat Panglima Nikosa sempena sambutan Jubli 150 Tahun karya agung persuratan Melayu Sarawak ini.
Hikayat Panglima Nikosa merupakan novel karya Ahmad Shawal bin Abdul Hamid yang dicetak menggunakan kaedah litografi pada 30 Jun 1876 di Kampung Boyan, Kuching, Sarawak. Karya ini merupakan antara karya bercetak Melayu terawal di Sarawak dan dianggap sebagai salah satu novel Melayu terawal yang mengikuti format moden.
Persidangan ini menghimpunkan pemakalah dari Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina bagi membincangkan sejarah, perkembangan dan kepentingan Hikayat Panglima Nikosa dalam warisan persuratan Melayu.
Orang ramai, khususnya para penyelidik, ahli akademik, pelajar dan pencinta sejarah serta sastera Melayu, dijemput untuk menyertai persidangan ini.
Jom bersama-sama menghayati warisan persuratan Melayu sempena 150 tahun Hikayat Panglima Nikosa





