Perbincangan Wisma Melayu Kukuhkan Komitmen Pelestarian Warisan

Pada 16 Mei 2025 (Jumaat), satu sesi perbincangan penting berkaitan pembangunan Wisma Melayu telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 16, Wisma Sumber Alam. Perbincangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk merealisasikan penubuhan sebuah pusat warisan dan kebudayaan Melayu yang berperanan sebagai mercu tanda penting bagi komuniti Melayu Sarawak.
Sesi ini telah dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), iaitu:
1. Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan
2. Yang Berbahagia Datu Haji Abdul Razak Tready
3. Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haju Junaidi
4. Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz
5. Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said
6. Yang Berbahagia Dato Sri Haji Mohd Naroden Majais
7. Yang Berhormat Datuk Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali
Turut hadir ialah wakil daripada PU Architects, iaitu Tuan Haji Zamsari Kadir dan Encik Muhd Nur Aiman Ramli, bersama Encik Amirul Akbar bin Osman selaku Pegawai Pengiring AKYBMS.
Sepanjang sesi perbincangan tersebut, pelbagai aspek telah dibincangkan secara mendalam, termasuk cadangan reka bentuk, hala tuju pelaksanaan projek, serta peranan Wisma Melayu dalam memperkasa identiti dan jati diri budaya Melayu Sarawak.
Kehadiran tokoh-tokoh terkemuka dalam sesi ini jelas mencerminkan komitmen tinggi semua pihak untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat generasi akan datang.

Kongsi berita ini